saban hari kita mendengar ramai pasangan suami isteri yang mangalami masalah dalam rumahtangga sehingga menyebabkan mereka terpaksa meminta nasihat daripada pejabat agama..Pasangan ini biasanya bermasalah dari mula awal perkahwinan ataupun setelah masing-masing berasa tidak serasi. Terdapat banyak punca keretakan dalam rumahtangga yang tidak kita ketahui antaranya ialah:
1. Tiada persefahaman dan didikan agama yang mendalam. Jadi masing-masing tidak mengerti dan sekaligus mengabaikan tanggungjawab mereka.
2. Tidak mahu bertolak ansur apabila tercetusnya perselisihan atau pertengkaran.
3. Berkahwin kerana terpaksa tanpa mendapat kerelaan daripada kedua-dua belah pihak.
4. Berkahwin atas dasar cinta atau nafsu semata-mata tanpa menilai kepentingan agama.
5. Beristeri lebih dari seorang tanpa mematuhi syarat-syaratnya dan atas dasar nafsu semata-mata.
6. Tiada kufu di antara pasangan baik dari segi fizikal, material, agama serta taraf pendidikan.
7. Campurtangan ibu bapa dan keluarga.
8. Terburu-buru dalam membuat keputusan dan tindakan walaupun dalam perkara yang remeh-temeh.
9. Tiada rasa saling hormat-menghormati di antara pasangan suami isteri.
10. Tidak berterus-terang dan sentiasa berbohong serta selalu berdalih.
11. Terlalu cemburu dan tiada rasa kepercayaan antara satu sama lain
.
12. Suami berpendapatan kecil dan tidak mampu menunaikan tanggungjawab nafkah yang sepatutnya terhadap keluarga.
No comments:
Post a Comment